Mengapa perlu sambut hari PENGAKAP yeee??
.... Selepas pulang, Baden-Powell mendapati buku panduan ketenteraannya "Aids to Scouting" telah menjadi jualan paling laris, dan telah digunakan oleh para guru dan organisasi remaja.
Selepas kembali dari perjumpaan dengan pengasas Boys' Brigade, Sir William Smith, Baden-Powell mengambil keputusan untuk menulis kembali Aids to Scouting agar bersesuaian dengan pembaca remaja, dan pada tahun 1907, Baden-Powell membuat satu perkhemahan di pulau Brownsea bersama dengan 22 orang budak lelaki yang mepunyai latar belakang berbeza, untuk menguji sebahagian daripada ideanya.
Buku "Scouting for Boys" kemudiannya diterbitkan pada tahun 1908 dalam enam ansuran. Kanak-kanak remaja membentuk "Scout Troops" secara spontan dan pergerakan Pengakap bermula tanpa disengajakan, pada mulanya pada peringkat kebangsaan, dan kemudiannya pada peringkat antarabangsa. Pergerakan pengakap berkembang secara seiring dan harmoni bersama Boys' Brigade. Pergerakan Pandu Puteri kemudiannya diasaskan pada tahun 1910 di bawah kelolaan saudara perempuan Baden-Powell Agnes Baden-Powell.
Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri meraikan 22 Februari sebagai hari B-P, tarikh lahir bersama Robert dan Olave Baden-Powell, untuk memperingati dan meraikan jasa Ketua Pengakap dan Ketua Pandu Puteri dunia.
Teks dipetik dari laman maya Wikipedia ;
No comments:
Post a Comment