Showing posts with label PENGAKAP JOHOR. Show all posts
Showing posts with label PENGAKAP JOHOR. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010

JUMAAT, 19 Mac 2010 - Pada 14 hingga 18 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Pentarafan Pengakap Raja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Laboh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 152 orang peserta, 15 pentaraf, 18 penolong pentaraf dan 20 orang urusetia (pemimpin dan kelana) terlibat dalam menjayakan program tersebut kali ini.

Manisnya ujian kali turut dibantu oleh Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibu Pejabat PPM, Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM. Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Yaacob A Karim turut sama menjadi pemerhati tetap sepanjang program ini berlangsung.

Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 ini diketuai oleh Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.
Berikut adalah data ujian tersebut;
Batu Pahat - 65 orang
Johor Bahru - 60 orang
Kluang - 3 orang
Muar - 10 orang
Segamat - 3 orang
Kulai - 1 orang

Menjawab soalan peta dan penganggaran

Rambut panjang harus dipotong!!

Istiadat pagi hari kedua

Apa yang ditegur oleh Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat tu yek??

Ni, apa pulak ni??

Kumpulan SMK Sri Gading tengah buat latihan

Zapin dari SMK Permata Jaya memukau penonton

Sunday, December 20, 2009

UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA JOHOR 2010

Mesyuarat Lembaga Pentarafan N.Johor telah memutuskan UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA JOHOR adalah :

Tarikh : 13-17 Mac 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh B.Pahat

13.3.2010 - Semua calon Pentaraf menyediakan kawasan perkhemahan
14.3.2010 - Pendaftaran/Calon layak akan didaftar untuk ujian ini.
Ujian bermula-
17.3.2010 - Penilaian/Penutup

Ketua Pentaraf - Hj Ibrahim Abdullah
S/Usaha - YM Raja Iskandar Raja Ali
AJK Pentaraf akan dilantik semula.

Minta kerjasama P.Remaja dan Pemimpin/DC anda membuat persiapan dari sekarang selepas habis SPM/STPM 2009. Selamat berjuang untuk Lencana Tertinggi "PENGAKAP RAJA"-Ketua Pentaraf -Plnj.

Dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/