Mesyuarat Penyelarasan Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 serta Pendaftaran Keahlian Fasa 2 akan dijalankan pada ketetapan berikut ;
Hari : Isnin
Tarikh : 5 April 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat SMK Sri Gading, Batu Pahat
Mohon kerjasamasemua Penolong Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat dapat menghadirkan diri untuk tujuan tersebut.
Surat akan dikeluarkan. Pada Penolong Pesuruhjaya Daerah yang terdiri dikalangan guru, surat panggilan mesyuarat akan dihantar ke pigeon hole sekolah masing-masing.
Harap maklum.
Tuesday, March 30, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 Anjuran Pengakap Batu Pahat
Kursus Manik Kayu peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 akan diadakan di daerah Batu Pahat. Berikut adalah maklumat kursus tersebut :
Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1
Anjuran Pasukan Latihan Pengakap Daerah Batu Pahat
Tarikh : 16 hingga 18 April 2010
Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Batu Pahat
Hubungi: En Mohd Asik Saim 012-6577242 (DC Batu Pahat)
Labels:
BERITA BP,
MANIKAYU,
PENTADBIRAN BP
Monday, March 22, 2010
MAKLUMAT PERHUBUNGAN PENGAKAP DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Asik bin Saim
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat,
Alamat : SMK Seri Gading, 83300, Batu Pahat, Johor
E-Mail Pesuruhjaya : so_pasti_asyik@yahoo.com.my
No Telefon : 012-6577242 (Pesuruhjaya Daerah)
Alamat blog : http://bphtscout.blogspot.com/
Sunday, March 21, 2010
UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010

JUMAAT, 19 Mac 2010 - Pada 14 hingga 18 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Pentarafan Pengakap Raja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Seramai 152 orang peserta, 15 pentaraf, 18 penolong pentaraf dan 20 orang urusetia (pemimpin dan kelana) terlibat dalam menjayakan program tersebut kali ini.
Manisnya ujian kali turut dibantu oleh Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibu Pejabat PPM, Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM. Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Yaacob A Karim turut sama menjadi pemerhati tetap sepanjang program ini berlangsung.
Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 ini diketuai oleh Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.
Berikut adalah data ujian tersebut;
Batu Pahat - 65 orang
Johor Bahru - 60 orang
Kluang - 3 orang
Muar - 10 orang
Segamat - 3 orang
Kulai - 1 orang
Menjawab soalan peta dan penganggaran
Rambut panjang harus dipotong!!
Istiadat pagi hari kedua
Apa yang ditegur oleh Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat tu yek??
Ni, apa pulak ni??

Kumpulan SMK Sri Gading tengah buat latihan

Zapin dari SMK Permata Jaya memukau penonton
Subscribe to:
Posts (Atom)