Tuesday, March 30, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Manikayu 2010

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 serta Pendaftaran Keahlian Fasa 2 akan dijalankan pada ketetapan berikut ;

Hari : Isnin
Tarikh : 5 April 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat SMK Sri Gading, Batu Pahat

Mohon kerjasamasemua Penolong Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat dapat menghadirkan diri untuk tujuan tersebut.

Surat akan dikeluarkan. Pada Penolong Pesuruhjaya Daerah yang terdiri dikalangan guru, surat panggilan mesyuarat akan dihantar ke pigeon hole sekolah masing-masing.

Harap maklum.

Wednesday, March 24, 2010

Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 Anjuran Pengakap Batu Pahat

Kursus Manik Kayu peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 akan diadakan di daerah Batu Pahat. Berikut adalah maklumat kursus tersebut :

Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1

Anjuran Pasukan Latihan Pengakap Daerah Batu Pahat
Tarikh : 16 hingga 18 April 2010
Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Batu Pahat
Hubungi: En Mohd Asik Saim 012-6577242 (DC Batu Pahat)

Monday, March 22, 2010

MAKLUMAT PERHUBUNGAN PENGAKAP DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Asik bin Saim
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat,
Alamat : SMK Seri Gading, 83300, Batu Pahat, Johor

E-Mail Pesuruhjaya : so_pasti_asyik@yahoo.com.my

No Telefon : 012-6577242 (Pesuruhjaya Daerah)

Sunday, March 21, 2010

UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010

JUMAAT, 19 Mac 2010 - Pada 14 hingga 18 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Pentarafan Pengakap Raja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Laboh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 152 orang peserta, 15 pentaraf, 18 penolong pentaraf dan 20 orang urusetia (pemimpin dan kelana) terlibat dalam menjayakan program tersebut kali ini.

Manisnya ujian kali turut dibantu oleh Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibu Pejabat PPM, Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM. Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Yaacob A Karim turut sama menjadi pemerhati tetap sepanjang program ini berlangsung.

Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 ini diketuai oleh Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.
Berikut adalah data ujian tersebut;
Batu Pahat - 65 orang
Johor Bahru - 60 orang
Kluang - 3 orang
Muar - 10 orang
Segamat - 3 orang
Kulai - 1 orang

Menjawab soalan peta dan penganggaran

Rambut panjang harus dipotong!!

Istiadat pagi hari kedua

Apa yang ditegur oleh Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat tu yek??

Ni, apa pulak ni??

Kumpulan SMK Sri Gading tengah buat latihan

Zapin dari SMK Permata Jaya memukau penonton

Saturday, March 13, 2010

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010


Selamat menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor buat calon dari daerah Batu Pahat.

Ujian akan berlangusng pada 14 hingga 18 Mac 2010
Semoga kalian lulus dngan cemerlang.

Cabaran itu harus ditempuh untuk menggenggam kejayaan.

Salam Maju Jaya!!

PENDAFTARAN KUMPULAN/KEAHLIAN PPM JOHOR 2010


JANGKA MASA PENDAFTARAN

01 Feb-15 Mac 2010 – Pemberitahuan pendaftaran keahlian PPM Johor

16 Mac-15 April 2010 - Pendaftaran berpusat di semua daerah seluruh Johor

16 April-30 April 2010 - Penyerahan pendaftaran daerah kepada PPM Johor

1 Mei 2010 - Pendaftaran keahlian Pengakap Johor dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

01 Mei 2010 - PENDAFTARAN DITUTUP.
TATACARA PENDAFTARAN
1. Download Borang PPM 1A
2. Download Borang PPM 1B
3. Isikan maklumat Pemimpin, ahli pengakap, Pengetua/Guru Besar dan Pen. Kanan Kokurikulum dengan lengkap di ruangan yang berkenaan dalam Borang PPM 1A.
4. Isikan rumusan penyata keahlian dan bayaran dalam Borang PPM 1B
5. Emelkan softcopy Borang PPM 1A dan PPM 1B ke alamat so_pasti_asyik@yahoo.com.my
6. Buat pembayaran berdasarkan jumlah dalam Borang PPM 1B sama ada menggunakan cek ( atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA BATU PAHAT ) atau Kiriman wang.
Kadar Yuran :
Kumpulan : RM 10.00
Ahli Pengakap : RM 3.00
Pemimpin, Ahli Biasa dan Kelana : RM 5.006.
Hantar Borang PPM 1A dan PPM 1B ( hard copy ) yang telah ditandatangan oleh pengetua/guru besar bersama-sama dengan cek dan salinan kiriman wang ( jika berkenaan ) kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat di SMK Seri Gading, Batu Pahat sebelum atau pada 15 APRIL 2010.
7. Download Borang PPM 9A ( permohonan tauliah ). Borang yang telang lengkap hendaklah juga dihantar kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat.
8. Taklimat pendaftaran telah diberikan kepada semua Pemimpin SK/SMK pada 24 Februari 2010.