Wednesday, December 22, 2010

Kursus Pentarafan Pengakap Raja (KHAS) bagi Bakal Pentaraf anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia

Ibu pejabat PPM telah mengadakan Kursus Pentarafan Pengakap Raja bagi bakal pentaraf sepertimana maklumat berikut :

Tarikh : 18-21 Disember 2010
Tempat : Bagan Lalang, Sepang, Selangor

PPM Johor telah menghantar 10 orang bakal pentaraf ke kursus tersebut :-
PESERTA
1. Afzainizam Ahmad - JB
2. Zalini Johari - JB
3. Khairul Anwar - Muar
4. Muhd Samsul Riza - Muar
5. Kama Azhar Abd Karim -BP
6. Abu Khan Misran -BP
7. See Kwee Lan - Segamat
8. Mohd Asfaizal Hasran - Kluang
9 .Trevor Lee - Kulaijaya
10. Zaki Hilwan Achok-Pontian

Tahniah buat ADC dari Batu Pahat yng turut serta dalam kursus tersebut :


1. En Abu Khan bin Misran, ADC Zon Semerah

2. En Kama Azhar Abd Karim, ADC Muda Remaja

Tahniah tuan!!

Saturday, December 18, 2010

BUKU SKIM PENGAKAP KANAK-KANAK/PENGAKAP MUDA/PENGAKAP REMAJA/PENGAKAP KELANA EDISI BARU
















Buku-buku Skima Persekutuan Pengakap Malaysia telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara pada 25 Oktober 2010 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras.


Sehubungan dengan itu sesiapa yang berminat memilikinya boleh membuat tempahan daripada Ibu Pejabat PPM, Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. (No. Tel. : 03-20780836/ Fax : 03-20709057)

Harga setiap unit buku skim adalah seperti berikut:

Unit Pengakap Kanak-Kanak : RM6.00
Unit Pengakap Muda : RM6.00
Unit Pengakap Remaja : RM6.00
Unit Pengakap Kelana : RM6.00

Wednesday, December 8, 2010

Tahniah kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Tahniah buat Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat, Tuan Mohd Asik bin Saim kerana telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Turut sama mendaki adalah seorang kelana A Batu Pahat (Falihin Kamari), Pemimpin pengakap dari Sarawak dan pemimpin pengakap dari Sabah.

Semoga kejayaan ini memberikan inspirasi bagi melonjakkan Pengakap Batu Pahat menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.






Monday, November 22, 2010

Gotong Royong di Rumah Kelana

Gotong Royong membersihkan rumah kelana di Taman Soga, Batu Pahat, Johor





Monday, November 8, 2010

Tahniah Pesuruhjaya Pengakap Batu Pahat kerana telah dikalungkan Manikayu 3bead.


Tahniah buat Tuan Asik Saim kerana telah dikalungkan Manikayu 3 bead
pada upacara penutupan dan penyampaian sijil kehadiran CLT 2010 di IYC, Cheras.

Thursday, October 14, 2010

Perhimpunan Pengakap Kanak-kanak Daerah Batu Pahat dan World Jamboree On The Air (JOTA) 2010


Perhimpunan Pengakap Kanak-kanak Daerah Batu Pahat dan JOTA 2010

Tarikh :
15, 16 dan 17 Oktober 2010

Tempat :
Kem Pengakap Jubli Intan,
Tanjung Labuh, Batu Pahat.

Anjuran :
PPM Daerah Batu Pahat

Saturday, September 25, 2010

Panduan Pemasangan Lencana Pengakap

MARHABAN RAYA


Marhaban Pemimpin Pengakap Batu Pahat



Kunjungan Beraya Kelana A Batu Pahat

Tuesday, July 27, 2010

Takziah Kepada En Mohd Asik bin Saim, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Batu Pahat, Johor

ingin merakamkan ucapan takziah
kepada En Mohd Asik bin Saim,
(Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat)
dan ahli keluarga.

AL-FATIHAH

bersama kita panjatkan doa semoga roh al-marhum ayahanda tuan dicucuri rahmat-Nya serta ditempatkan bersama-sama golongan yang beramal soleh serta ahli-ahli syurga.

Saturday, July 17, 2010

KURSUS ASAS PERKHEMAHAN DAN PROJEK PIONEERING PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Kursus Asas Perkhemahan dan Projek Pioneering Peringkat Kebangsaan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (Ibu Pejabat PPM Kuala Lumpur) akan diadakan di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh pada tahun ini (2010). Tarikh dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Satu lagi acara peringkat kebangsaan akan dijalankan di daerah bertuah ini. Semoga ahli-ahli pengakap di seluruh Batu Pahat dapat manfaat dari penganjuran ini.

KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Isnin, 5 Julai 2010 - Bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor telah berlangsungnya Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap Peringkat kebangsaan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia. Seramai 39 rang peserta yang terdiri dikalangan jurulatih dan penolong jurulatih kebangsaan serta 15 orang jurulatih kursus telah terlibat.

Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Kaharudin Momin - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Manakala majlis penutup pula disempurnakan oleh Tn Hj Shukor Mohsin - Pesuruhjaya Latihan Negara.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan urusetia yang didatangkan dari PPM Daerah Batu Pahat serta 6 buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah rendah di daerah Batu Pahat yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

1. SMK SRI GADING
2. SMK PERMATA JAYA
3. SMK DATO' SYED ESA
4. SMK DATO BENTARA LUAR
5. SM TINGGI BATU PAHAT
6. SMK SENGGARANG
7. SK KORIS
8. SK SENGGARANG
9. SK BAGAN

PEGAWAI BERTUGAS
1. En Mohd Khir bin Muda (SMK Permata Jaya) - Jurulatih
2. En Mohd Asik bin Saim (SMK Seri Gading) - Ketua Urusetia
3. En Kamar Azhar Abd Karim (SMK Senggarang) - Logistik
4. En Abdul Hadi Mohd Zainal (UTHM) - Logistik
5. Pn Norhayati Ahmad (SK Sg Kajang) - Pendaftaran
6. En Hizam Selamat (SK Bagan) - Penempatan
7. En Azhan Sitam @ Besah (SK Seri Ladang) - Kemudahan Asas
8. Tn Hj Noh Hamim (SK Seri Utama) - Siaraya

PESERTA DARI PPM DAERAH BATU PAHAT
1. YM Raja Iskandar Raja Ali
2. Tn Hj Ramli Ibrahim
3. Pn Rosmah Abdullah

Berikut adalah gambar yang telah diuploadkan secara berperingkat.


Tuan Pesuruhjaya Daerah kita - En Mohd Asik bin Saim selaku ketua urusetia program.


Peserta bergambar bersama jurulatih. Peserta ini didatangkan dari seluruh negeri-negeri di Malaysia. Hanya negeri Melaka, Perlis dan Sarawak tidak dapat menghantar peserta.
Jurulatih merupakan ahli Pasukan Teknikal PPM yang telah diwujudkan.


Ahli pengakap SMK Dato Bentara Luar berambar bersama pemimpin En Ayub bin Jabar

Ahli pengakap SMK Dato Syed Esa berambar bersama pemimpin Ustaz Jasmi Saadon
Ahli pengakap SK Senggarang berambar bersama pemimpin En Kama Azhar Ab Karim

Kawad Tongkat

Saturday, June 26, 2010

KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP

Penganjur :
Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia

Lokasi :Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor

Tarikh Lapor Diri :1 Julai 2010 - Khamis

Masa Pendaftaran :12.00 tengahari hingga 2.00 petang
Taklimat : 2.30 petang
Yuran Kursus : RM 200 seorang
Penginapan dan makanan disediakan.

PEGAWAI BERTUGAS

1. En Mohd Khir bin Muda (SMK Permata Jaya) - Jurulatih
2. En Mohd Asik bin Saim (SMK Seri Gading) - Ketua Urusetia
3. En Kamar Azhar Abd Karim (SMK Senggarang) - Logistik
4. En Abdul Hadi Mohd Zainal (UTHM) - Logistik
5. Pn Norhayati Ahmad (SK Sg Kajang) - Pendaftaran
6. En Hizam Selamat (SK Bagan) - Penempatan
7. En Azhan Sitam @ Besah (SK Seri Ladang) - Kemudahan Asas
8. Tn Hj Noh Hamim (SK Seri Utama) - Siaraya
9. Tn Hj Ramli Ibrahim (SMK Dato' Syed Esa) - Penerbitan
10. Pn Rosmah Abdullah (SMK Dato' Syed Esa) - Penerbitan

Pegawai bertugas dikehendaki mendaftarkan diri pada :

Tarikh : 30 Jun 2010
Masa lapor diri : 8.00 pagi
Tempat : Pejabat Kem, KJI Tjg Labuh
Pakaian : Uniform Lengkap
**Rujuk surat PPD/BP/SPPK/HEM/05/08/09 bertarikh 22 Jun 2010.

Selamat bertugas!!

Tuesday, June 22, 2010

Jambori Budaya Serumpun Malaysia-Indonesia Di Kabupaten Batusangkar, Pagaruyung, Padang, Sumatera barat, Indonesia


Jambori Budaya serumpun Malaysia-Indonesia yang telah diadakan pada 8hb Jun 2010 hingga 12hb Jun 2010 di Kabupaten Batusangkar, Pagaruyung, Padang Indonesia merupakan jambori yang pertama kali diadakan antara dua Negara jiran, iaitu Malaysia dan Indonesia.


Daerah Batu Pahat telah menghantar satu kontingen yang dianggotai oleh seramai 31 orang Pengakap yang terdiri daripada 6 orang Pemimpin dan 26 orang ahli Pengakap, iaitu rata-rata mereka adalah Pengakap Muda dan Remaja. Antara pemimpin yang turut serta termasuklah Pesurhjaya Pengakap Daerah Batu Bahat, Encik Mohd. Asik Bin Saim (SMK Seri Gading), Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, En. Mohd Khir Bin Muda (SMK Permata Jaya), En. Kamar Azhar Bin Ab. Karim (SMK Senggarang), En. Ismail Bin Syawal (SMK. Permata Jaya), Cik Farhana (SMK Datuk Menteri) dan En. Mazlan Bin Hj. Abd. Karim. Ahli Pengakap yang terlibat ialah 8 orang dari SMK Seri Gading, 16 orang dari SMK Permata Jaya dan seorang dari SMK Senggarang.



Apa yg lebih membanggakan ialah, rombongan kami telah disertai oleh Pengarah Pelajaran Malaysia dgn diiringi Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tn. Hj. Supaat Bin Tumin. Kedua-dua tetamu VIP ini telah melakukan lawatan ke tapak perkhemahan Kontingen Johor serta bergambar bersama-sama ahli pengakap yang berada di sana. Kedua-dua tetamu kehormat ini kelihatan begitu bangga sewaktu beramah mesra dengan peserta jambori.


Pihak Jawatankuasa Bersama Jambori ini telah menyediakan pelbagai aktiviti yang sangat menarik, diantaranya acara wisata atau lawatan, pertualangan (merempuh halangan), kembara alam, mencari kenalan serta acara malam kebudayaan.
Kontingen Batu Pahat telah mempersembahkan dua tarian zapin, iaitu zapin koris dari SMK Seri Gading dan zapin tg labuh dari ahli pengakap SMK Permata Jaya. Kedua-dua persembahan mendapat sambutan yg amat meriah sekali serta rata-rata penonton merasa kagum dengan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan.


Turut serta di dalam jambori ini ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim. Kehadiran beliau telah menyuntik semangat yang begitu tinggi kepada semua ahli pengakap dari kontingen Johor.


Tuesday, May 18, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 PKK/PM

SELASA 18 Mei 2010 - Sukacitanya dimaklumkan dengan persetujuan Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor, Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 bagi unit Pengakap Kanak-kanak (PKK) dan Unit Pengakap Muda (PM) akan dijalankan serentak di-

Kem Pengakap Jubli Intan ,Tg Laboh Bt Pahat.
----------------------------------------------------------
Tarikh : 28 - 30 Mei 2010
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan,Tg Laboh Batu Pahat
Bayaran : RM60.00
Ketua Kursus : PKK - En Barden Uteh / PM - En Mukim Katimun
Pendaftaran : 3-5 petang.

Sila bawa khemah dan alatan dapur. Anda dikehendaki memasak dengan 6 Sekawan(PKK) dan dalam Patrol (PM). Bahan masakan akan disediakan oleh urusetia.
Sila hubungi Mohd Asik Saim 0126577242 jika ada pertanyaan.


Taman Rekreasi,UTM Skudai JB
--------------------------------------
Tarikh : 28 - 30 Mei 2010
Tempat : Taman Rekreasi UTM Skudai JB
Bayaran RM 60.00
Ketua Kursus : Hj Ibrahim PKK/En Azhar Noor Rahman PM
Pendaftaran : 3-5 petang

Sila bawa khemah dan alatan dapur. Anda dikehendaki memasak dengan 6 Sekawan(PKK) dan dalam Patrol (PM). Bahan masakan akan disediakan oleh urusetia.
Sila hubungi Mohd Asik Saim 0126577242 jika ada pertanyaan.


PLNJ mohon maaf tidak dapat mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu 3.1 Pengakap Remaja/Pengakap Kelana kekurangan Jurulatih,walau bagaimanapun kita akan adakan suatu masa kelak.Terima kasih sanggup menunggu.

Wednesday, April 28, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Penerangan & Peringkat 1 Daerah Batu Pahat

ISNIN - 26 April 2010 - Tahniah kepada Pasukan Latihan Daerah Batu Pahat kerana telah berjaya mengadakan Kursus Manik Kayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 unit Pengakap Kanak-kanak (PKK) dan unit Pengakap Muda (PM) yang telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2010 di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 31 orang peserta mendaftar kursus Unit PKK manakala 15 orang mendaftar kursus Unit PM. Kursus PKK diketuai oleh Pn Rosmah Abdullah manakala kursus PM diketuai oleh En Abd Razak bin Hj Idris. Turut terlibat jurulatih-jurulatih dari PLNJ dan PLDBP serta barisan pembimbing serta urusetia menjadikan kursus ini berjalan dengan lancar sekali. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tn Khir bin Hj Muda selaku wakil rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Ketua Kursus
PKK - Pn Rosmah Abdullah
PM - En Abd Razak Haji Idris

Jurulatih dan Pembimbing :
1. Tn Hj Ibrahim Abdullah
2. Tn Khir Haji Muda
3. YM Raja Iskandar Raja Ali
4. Tn Hj Ramli Ibrahim
5. Tn Hj Noh Hamim
6. En Mohd Asik Saim
7. Pn Habibah Ismail
8. En Affendi Abdul Hamid
9. En Mohd Khairul Azian Mahbob
10. En Ayub Jabar
11. En Kama Azhar Ab Karim
12. En Hizam Selamat
13. Pn Norhayati Ahmad
14. Tn Hj Zulkifli Ahmad
15. En Liang Kee Phang
16. Pengakap Kelana KEM (4 orang)

Kawad Tongkat

Pertolongan Cemas

Masakan Rimba

Perasmi Penutup : Tn Khir bin Haji Muda

Istiadat Pagi - PM


Laung Agung - PKK

Kes biasa... kereta peserta terbenam dalam pasir

Mempraktikkan ilmu yang dipelajari...hehehe...ikatan apa tu?