Wednesday, April 28, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Penerangan & Peringkat 1 Daerah Batu Pahat

ISNIN - 26 April 2010 - Tahniah kepada Pasukan Latihan Daerah Batu Pahat kerana telah berjaya mengadakan Kursus Manik Kayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 unit Pengakap Kanak-kanak (PKK) dan unit Pengakap Muda (PM) yang telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2010 di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 31 orang peserta mendaftar kursus Unit PKK manakala 15 orang mendaftar kursus Unit PM. Kursus PKK diketuai oleh Pn Rosmah Abdullah manakala kursus PM diketuai oleh En Abd Razak bin Hj Idris. Turut terlibat jurulatih-jurulatih dari PLNJ dan PLDBP serta barisan pembimbing serta urusetia menjadikan kursus ini berjalan dengan lancar sekali. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tn Khir bin Hj Muda selaku wakil rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Ketua Kursus
PKK - Pn Rosmah Abdullah
PM - En Abd Razak Haji Idris

Jurulatih dan Pembimbing :
1. Tn Hj Ibrahim Abdullah
2. Tn Khir Haji Muda
3. YM Raja Iskandar Raja Ali
4. Tn Hj Ramli Ibrahim
5. Tn Hj Noh Hamim
6. En Mohd Asik Saim
7. Pn Habibah Ismail
8. En Affendi Abdul Hamid
9. En Mohd Khairul Azian Mahbob
10. En Ayub Jabar
11. En Kama Azhar Ab Karim
12. En Hizam Selamat
13. Pn Norhayati Ahmad
14. Tn Hj Zulkifli Ahmad
15. En Liang Kee Phang
16. Pengakap Kelana KEM (4 orang)

Kawad Tongkat

Pertolongan Cemas

Masakan Rimba

Perasmi Penutup : Tn Khir bin Haji Muda

Istiadat Pagi - PM


Laung Agung - PKK

Kes biasa... kereta peserta terbenam dalam pasir

Mempraktikkan ilmu yang dipelajari...hehehe...ikatan apa tu?

Tuesday, April 6, 2010

Kursus Kepimpinan Manik Kayu Pengakap Anjuran PPM Daerah Batu Pahat


PPM Batu Pahat dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Peringkat 1, akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;

Kursus Manik Kayu PKK & PM
Tarikh : 23 - 25 April 2010.
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi [ pagi 23 April 2010]
Tempat : Kem Pengakap Tanjung Laboh, Batu Pahat
Bayaran : RM 60.00

Pemimpin Pengakap dari daerah yang berdekatan boleh menyertai.

Hubungi Encik Mohd Asik Saim (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat)
E-Mail Pesuruhjaya : so_pasti_asyik@yahoo.com.my
No Telefon : 012-6577242 (Pesuruhjaya Daerah)

Monday, April 5, 2010

Pemakaian Lencana Jambori atau Perkhemahan

Lencana Jambori/Perkhemahan boleh dipakai atas tag nama atau di atas saku sebelah kanan.
Berikut adalah tempoh pemakaiannya bagi lencana yang diperolehi apabila mengikuti Jambori/Perkhemahan peringkat :

1. Kumpulan(Lencana perkhemahan kumpulan/sekolah) - 1 bulan
2. Daerah - 3 bulan
3. Negeri - 6 bulan
4. Kebangsaan - 1 tahun
5. Asia Pasifik - 1 tahun 6 bulan
6. Dunia - 2 tahun

Hanya satu lencana jambori/perkhemahan sahaja dipakai. Lencana tersebut masti ditanggalkan walaupun tempoh pemakaian tidak tamat bagi menggantikan lencana jambori/perkhemahan yang disertai berikutnya.
Dipetik dari buku Asas Kepengakapan(2010) oleh Amir Hamzah Aman, Pesuruhjaya Ibupejabat PPM(Latihan dan Program).

Friday, April 2, 2010

Jambori Budaya Serumpun Malaysia/Indonesia

Jambori Budaya Serumpun Malaysia/Indonesia di Pagar Ruyung, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Jambori akan berlangsung pada 8 hingga 12 Jun 2010.

Sehingga 31 Mac 2010, seramai 52 orang pemimpin dan ahli pengakap negeri Johor telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Jambori ini.

Jika pemimpin atau ahli pengakap daerah Batu Pahat berminat, boleh menghubungi;

Encik Mohd Asik bin Saim
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat
012-6577242

LENCANA/SIJIL PENGAKAP RAJA 2008/2009


PENGAKAP RAJA JOHOR 2008/2009

Dengan sukacitanya dimaklumkan lencana dan sijil Pengakap Raja telah sampai.Tahniah kepada semua yang berjaya. Pihak PLNJ memohon maaf dan terima kasih kepada semua calon Pengakap Raja kerana sanggup menunggu lama dari Ketua Pentaraf N.Johor 2008/2009.

Lembaga Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor bercadang untuk mengadakan majlis penyampaian pada satu masa yang sesuai.

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memohon universiti dan memerlukan sijil tersebut utk tujuan tersebut, anda boleh dapatkan sijil di Kem Pengakap Tanjung Labuh, Batu Pahat.

No. telefon kem : 07-4289254.