Saturday, June 26, 2010

KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP

Penganjur :
Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia

Lokasi :Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor

Tarikh Lapor Diri :1 Julai 2010 - Khamis

Masa Pendaftaran :12.00 tengahari hingga 2.00 petang
Taklimat : 2.30 petang
Yuran Kursus : RM 200 seorang
Penginapan dan makanan disediakan.

PEGAWAI BERTUGAS

1. En Mohd Khir bin Muda (SMK Permata Jaya) - Jurulatih
2. En Mohd Asik bin Saim (SMK Seri Gading) - Ketua Urusetia
3. En Kamar Azhar Abd Karim (SMK Senggarang) - Logistik
4. En Abdul Hadi Mohd Zainal (UTHM) - Logistik
5. Pn Norhayati Ahmad (SK Sg Kajang) - Pendaftaran
6. En Hizam Selamat (SK Bagan) - Penempatan
7. En Azhan Sitam @ Besah (SK Seri Ladang) - Kemudahan Asas
8. Tn Hj Noh Hamim (SK Seri Utama) - Siaraya
9. Tn Hj Ramli Ibrahim (SMK Dato' Syed Esa) - Penerbitan
10. Pn Rosmah Abdullah (SMK Dato' Syed Esa) - Penerbitan

Pegawai bertugas dikehendaki mendaftarkan diri pada :

Tarikh : 30 Jun 2010
Masa lapor diri : 8.00 pagi
Tempat : Pejabat Kem, KJI Tjg Labuh
Pakaian : Uniform Lengkap
**Rujuk surat PPD/BP/SPPK/HEM/05/08/09 bertarikh 22 Jun 2010.

Selamat bertugas!!

Tuesday, June 22, 2010

Jambori Budaya Serumpun Malaysia-Indonesia Di Kabupaten Batusangkar, Pagaruyung, Padang, Sumatera barat, Indonesia


Jambori Budaya serumpun Malaysia-Indonesia yang telah diadakan pada 8hb Jun 2010 hingga 12hb Jun 2010 di Kabupaten Batusangkar, Pagaruyung, Padang Indonesia merupakan jambori yang pertama kali diadakan antara dua Negara jiran, iaitu Malaysia dan Indonesia.


Daerah Batu Pahat telah menghantar satu kontingen yang dianggotai oleh seramai 31 orang Pengakap yang terdiri daripada 6 orang Pemimpin dan 26 orang ahli Pengakap, iaitu rata-rata mereka adalah Pengakap Muda dan Remaja. Antara pemimpin yang turut serta termasuklah Pesurhjaya Pengakap Daerah Batu Bahat, Encik Mohd. Asik Bin Saim (SMK Seri Gading), Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, En. Mohd Khir Bin Muda (SMK Permata Jaya), En. Kamar Azhar Bin Ab. Karim (SMK Senggarang), En. Ismail Bin Syawal (SMK. Permata Jaya), Cik Farhana (SMK Datuk Menteri) dan En. Mazlan Bin Hj. Abd. Karim. Ahli Pengakap yang terlibat ialah 8 orang dari SMK Seri Gading, 16 orang dari SMK Permata Jaya dan seorang dari SMK Senggarang.



Apa yg lebih membanggakan ialah, rombongan kami telah disertai oleh Pengarah Pelajaran Malaysia dgn diiringi Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tn. Hj. Supaat Bin Tumin. Kedua-dua tetamu VIP ini telah melakukan lawatan ke tapak perkhemahan Kontingen Johor serta bergambar bersama-sama ahli pengakap yang berada di sana. Kedua-dua tetamu kehormat ini kelihatan begitu bangga sewaktu beramah mesra dengan peserta jambori.


Pihak Jawatankuasa Bersama Jambori ini telah menyediakan pelbagai aktiviti yang sangat menarik, diantaranya acara wisata atau lawatan, pertualangan (merempuh halangan), kembara alam, mencari kenalan serta acara malam kebudayaan.
Kontingen Batu Pahat telah mempersembahkan dua tarian zapin, iaitu zapin koris dari SMK Seri Gading dan zapin tg labuh dari ahli pengakap SMK Permata Jaya. Kedua-dua persembahan mendapat sambutan yg amat meriah sekali serta rata-rata penonton merasa kagum dengan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan.


Turut serta di dalam jambori ini ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim. Kehadiran beliau telah menyuntik semangat yang begitu tinggi kepada semua ahli pengakap dari kontingen Johor.